CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, November 14, 2009

hari ini I kusut

++bismillahirrahmanirrahim++

dah lama la pulak tak menchonteng-chonteng blog dengan gembira aiyyoo T____T.
dari last post sampai sekarang memang tak ada feel haha.
SEKARANG JUGA.
tapi it's okek.
hari ni I kusut.
so TERIMA KASIH untuk kusut, finally ada jugak post untuk november.
buat cukup syarat pun athirah likes this.
so sekarang "mari menchonteng dengan corak abstrak hanya chekgu math saje boleh paham". okeh baek.
ayuh kita mula.



+++


hari ini I kusut.
rasa macam serabut pun ada.
serabai.

rasa nak marah tapi tak tahu macam mana.

dulu senang saje.
tendang katil dah cukup.

even kaki saket takpe.
even harta maktab rosak takpe.
even harta rumet rosak pon takpe.
asal marah hilang.
*athirah likes this*

tapi sekarang, nak marah.
tapi tak tahu macam mana.

nak tendang katil, katil tak salah.
nak tendang katil, kaki saket men frisbee.
nak tendang katil, nanti kena AKTA 174 sebab vandalisme.

jadi macam mana?
sekarang I sangat geram pada diri sendiri.
sebab tak tahu nak marah.

*benci*



+++

itu sahaja untuk hari ini. malas sudah kembali menyerang!
oh tidak T___T.


chow~


p/s: currently addicted to the idance :D. *kurus kurus*



Sunday, September 27, 2009

a post :)



++bismillahirrahmanirrahim++

hi readers. hope it's not too late to wish
"Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin" :)





malas untuk update update update adelah sifat semulajadi so sori ah kalu cam malas aku
ada tertempias kat orang lain haha :D.

aneway, since malam ni naik bas menuju ke tempat blaja feveret, so aku nak kemas bag sekarang hoho.

even naik bas kul 10.15 mlm dan baru sekarang nak kemas bag,
i do think it was cool.

nati cepat sket kemas bag, takyah pikir lama-lama nak bawak apa.
aish~

*mama, tolong saya. buat semayang hajat jadikan saya anak yang paling rajen & baik harhar*





+++

chow :)


p/s : am thinking to delete this account T__T

p/s/s: my flickr :) click hEre





Sunday, September 6, 2009

Rumit macam tauhu sumbat T__T

++ bismillahirrahmanirrahim++


aish. sungguh lama tak menconteng-conteng dengan hepi disini. paling akhir, agak emo sekali haha~ whatever. sesungguhnya dunia blog ini sudah rasa tak fun lagi. untuk menulis dengan riang dalam blog juga tak best sebab ade stalker. tolonglah! takde privacy okek!

eh? okek ak tau dunia blog memang takkan ade privacy nye selagi kau tak buat private blog- open untuk invited reader saje..

ape? kau ingat kau popular sangat ke? ahahaha. sori. terperasaaan terlebih gula+susu.

tapi seyes, dunia blog ini amat indah berbunga-bunga cherry blossom lagi sebelum kau datang tapi sekarang macam bunga taik ayam lah. tak berbau busuk tapi tetap tak menawan. eh? fakta salahkah bunga taik ayam tak berbau? T___T oh tidak, aku adalah cikgu paling malang sekali.


tapi..


hari ini sedih lagi. tapi malu nak menconteng disini sebab aku memang dilahirkan pemalu. ahaha :D the fact which cannot be denied i know~ but whatever it is, ia amat sungguh tak best sampai aku terasa nak jadi The Hulk kejap dan ambik katil dan humban ke..? ehem.. humban ke diri sendiri sebab tak fikir banyak before what keputusan haha. tetetiba jadi terover tersumbat cam tauhu sumbat hari ini sori T__T.


tapi tak suka lah gaduh-gaduh hidup ini dah tak fun lagi. kalau dulu, bila bercakap tentang dia, mesti keluar butterfly colourful macam brushes dalam photoshop. mata juga bersinar macam bintang kartika tapi sekarang, nampak taik butterfly saje.

eh? dalam photoshop brushes ade ke shape mcm "tut"? aiyook! check balik sekarang~!!


my mistake kah? sape suh ak mempunyai mulut laju lebih super laju dari roket yang bawak DR Muzaffar pergi keluar bersiar-siar dari bumi? tapi takkan nak pendam nati lama-lama jadik macam petai jeruk haha~ whatever it is, i just wished to turn back time.. T__T


aiyyok~!! rumit sungguh tak suka benda complicated sebab otakku yang fius murahan*aku tak suka admit ini* ini akan cepat rosak damn!


dan bila dah tensen, jerawat tumbuh 5 kali luar biasa banyaknya T__T. so, say no to tensen!


p/s: kepada stalker tu, kalau kau baca entry ni, tolong ah. jangan kacau hidup ak lagi. rimas! aku memang kejam tapi ni tak cukup kejam lagi. n i can kill you only with my word *eceh! ni sumpah terasa amat supernatural ah* mintak maaf banyak-banyak dan selamat hari raya~!!

Friday, August 14, 2009




++bismillahirrahmanirrahim++


....
felt like an idiot.
totally an idiot.
....



the road not taken..?
guess that it would bring so much pain.
....



seriously, this is not so cool!


+++


oh tidak. kepala sudah putus fius!


+++




Saturday, August 1, 2009

Pantun: pening, pancit otak, penat

++bismillahirrahmanirrahim++

walaupun Pesta Pantun dah lama gile dah, tapi still rasa nak update jugak.

this year, pantun memang dah tak mampu menarik minat untuk berusaha bersungguh-sungguh. maybe sebab tahun lepas first time kalah macam tu, this year pun masih terbawak-bawak rasa frust tu. eceh! memang terasa takleh blah betul bila feeling macam ni.

dah dah stop.

so tahun ni, bila lecturer kata semi-final dengan final kat Sarawak, tiba-tiba agak teruja nak berpantun tapi macam biasa, aku teruja tak lama. sumpah takde mood nak masuk pantun tapi pergi genting ada mood plak.

harharhar.

so, masa bertanding memang agak *shot* gila bila kami sekali lagi dalam group of 4 dan akan bertanding untuk 3 games. tahun lepas pun macam tu jugak. sumpah rasa nak ketuk-ketuk je tangan siapa yang undi sebab mereka memang tidak memahami penyakit kemalasan aku untuk berpantun sudah sampai ke tahap kritikal. patut masuk ICU tapi demi teman-teman, aku gagahi jugak diri dan perasaan ini untuk meneruskan perjuangan memperkembangkan warisan melayu ini.

*okeh yang ni aku tipu*

dan part yang paling digemari adalah, kami~ aku dan diela pakai baju tema pink, okeh. it's pink! and it was soooooooo not me! yaikssss! sumpah terasa amat sangat geli tapi pakai jugak sebab baju kaler tu je yang masuk warna beliau dengan baju rahim dan kaber.

T___T

yang paling FUN masa lawan IPGM Kampus Bahasa Melayu ah, gila first time aku gagap macam nak pinang anak teruna orang plak. sape suruh mamat tu bagi killer smile sangat! ceh. habis malu 7 keturunan!

dah ah masa sebut perkataan "berehat", penonton dengar "berak" and yeah, mereka semua gelak sampai nak pecah dewan. sekali lagi, pasti aku menanggung malu di muka untuk 7 keturunan lagi. harharhar.

*okeh. takpe takpe. gelak ah. aku bagi peluang*

lepas umum kalah, kami dengan riang gembiranya men enjoy kekalahan kami dengan jayanya. lepak kat Nilai, tapi sebab Nilai tak sesuai dengan kami yang muda belia dan bukan suri rumah yang suka lepak kat sana beli household, kami pun pergi lepak kat shopping mall kat Seremban. jiwa remaja okeh. dan ceh! duit pun keluar macam air. dan sangat laju macam sungai kat sedim.

bagi aku, tak kesah pun kalah sebab aku memang takde mood nak pantun. even masa berlatih, im not giving my fully cooperation. tapi seyesly, kesian kat Rahim ngan Diela coz they really tried so hard.

*sorry guys! but you're the most amazing partners i've ever had!* ~ ayat bodek. hehe.


so the rest sume gambar2 yang sempat diambil. gambar tanpa di edit. sebab aku malas.
n im proud that im lazy~



++1st day sampai kat PD++


banyak kali pesan kat diela buat gaya biasa tapi macam biasa, beliau adalah orang yang degil.
hehe. sori marang~!!



gaya terlampau bakal chekgu~




gaya poyo? okeh i know.
=D



kaber telah menspoilkan gambar ni sebab beliau sedang bercakap ngan sape ntah.
marah ni~
*ngeee*



mereka ini sedang mengintai pakcik half-naked kat belakang tapi mereka pandai cover line.
syabas kawan-kawan!



tak horizontal kan?
dah suruh pakcik photographer terer tolong amikkan, tapi beliau pun tak cukup terer gak.
kahkahkah.
*ampun pakcik!*



kaber yang ada mata super macam cyclops x-men tu. sebab tu boleh tilik matahari gitu je.
dan beliau patut ganti cyclops tersebut.
hehe.



credit to pakcik photographer tu.. actually, abang photographer~
sebab he was kinda annoying, panggil pakcik sudah.
harharhar.



memandang ke sana~



santai~



++lepas pertandingan Pesta Pantun++



bersama IPGM Kampus Sultan Mizan dan IPGM Kampus Bahasa Melayu.
IPGM Kampus Teknik berada agak jauh sebab mereka sedang bergembira dapat mengalahkan kami yang terer gile.
kehkeh.



gaya poyo pasukan IPKM Kampus Pulau Pinang yang kalah.
=D



oh! diela curang ngan farid!
sebarkan~!!
XOXO
*tetiba jadik gossip girl. just kidding marang*



IPGM Kampus Sultan Mizan aka housemates~
*thnx guys. youre rock!!*


++jalan-jalan++


IPGM Kampus Sarawak + IPGM Kampus Perlis~
jumpa kat Nilai masa makan-makan.


+++


ayat jurupantun yang diingati selalu,

"kepada pasukan yang menang, tahniah diucapkan. kepada pasukan yang tidak bernasib baik, cuba lagi untuk tahun hadapan.."

okeh. tahun depan saye dah taknak masuk!
konpem.
segala pujuk rayu takkan diendahkan.
even dengar khabar angin akan buat di IPGM Kampus Batu Lintang.
eh? Sarawak eh?
................


+++


itu sahaja.
sekian, terima kasih.




Wednesday, July 29, 2009

Genting Oh!


++bismillahirrahmanirrahim++


sudah puas dicuba menggolekkan diri atas timbunan baju atas katil, tetap cubaan tidak berjaya. OH! musim kemalasan sudah berlalu pergi. kini tiba musim untuk buat kerja rumah mathematics decision linear programming yang di-pukat-tunda-kan sejak berkurun lama.

sori Mr Hwoeng. you're very nice but i didnt understand the topic. therefore, i am going to hard-work myself starting from now! (eh? sekarang? err later okeh.)

sungguh lama tidak mengamalkan prinsip "sharing is caring" di dalam blog ini. penyakit kemalasan tahap cipan kritikal telah menyerang saya baru-baru ini. sudah berpenat lelah saya melawan penyakit tersebut dan oh! akhirnya, saya berjaya!! tahniah diucapkan kepada yang membantu. kepada yang tidak, sila picit jerawat di muka sekarang~!! (eh?)

*di atas merupakan ayat poyo anak beranak yoyo. sila abaikan*


baru-baru ini, sungguh meriangkan hati kerana dapat bercuti-cuti bersama teman di Genting. selepas berpenat lelah bertungkus-lumus (?) memeningkan akal fikiran di maktab, sudah tiba masa untuk menghilangkan keboringan tersebut di Genting sebelum pulang ke maktab semula dan sumbat balik keboringan tersebut di dalam otak. yay~!!


dan di Genting sangat cool macam aiskrim mat cool bukan sebab sejuk *tapi memang agak sejuk* tapi sebab dapat merapatkan silaturrahim antara kami budak-budak maktab.

*sekali lagi. yang ni sumpah ayat poyo. aku tipu je semata-mata. KAH KAH KAH *


bukanlah, tapi sebab dapat jumpa member-member lepak masa kat matrix pahang dulu.
lelly and sab, thnx guys sebab sudi melapangkan diri untuk melepak together-togetherness.
kepada waniey, jangan menangis seterusnya melukutkan diri di tepian gantang sebab takleh nak join, nati ada peluang, kita jumpa lagi okeh? =D


yang best adelah bila kami naik games yang extreme tersebut berkali-kali. hell yeay~!! feel so good tapi yang tak tahan, bila naik space shot, memang sumpah menyesal tak nak naik lagi sebab gayat. oh! buntutku seperti tertinggal di atas. tapi malam tu, kami naik sekali lagi jugak. harharhar. kali ni, oh my, saye tak menjerit! cuma menggigit bibir saje sebab nak cover suara dari terkeluar. sebab apa? sebab tersebutlah kisah abang psiko duk tunggu jugak aku jerit gaya gedik tapi biasalah, hati batu memang macam ni. and finally, my lips was hurt. thanks to him!


lagi satu, pirate ship pun cool jugak. sebenarnya biasa saje tapi yang kelakar adalah kami main lawan jerit ketakutanwhich is actually kegedikkan. *sumpah sangat poyo*. jerit punya jerit *tret tak ingat diri bahawa beliau akan pergi berpantun untuk esok lusa*, abang yang jaga bilik kontrol pirate ship tu mungkin rasa thrill kami jerit tak ingat dunia lalu beliau telah sedaya upaya memaxsimumkan ketinggian pirate ship itu untuk jangka masa yang sangat lama. okeh! sangat cool sampai kami takde suara!


okeh. jari dan mula rasa crammed sebab dah lama tak menaip panjang. so for the rest, biarlah rahsia.. heh?
eh tak tak. tengok gambar sajelah. ini adalah PAKSAAN!! =)




London Transport Bus Service? no thanx but i prefer to walk =)
*nak bagi lemak mengurus macam naik mesin Takashima*



sumpah sangat comel! harharhar.
*ikhlas 46% sahaja, sekian terima kasih*



saye suka cermin!



oh! kasut yang cam karipap ini clarks ke?
kalau tau awal-awal, sungguh akan memijak ia dengan gaya tidak sengaja TERpijak.



take note that lelly sedang mengintai mamat seksa.
sebab itu mata beliau tak mengelip-mengelip.
okeh yang ni tipu.
=)



1 malaysia.
aunty yang sangat sporting.
aku plak yang tergagap2 mintak nak amik gambar.
macam mintak izin nak jadik menantu plak.
=)



colour makes my life more colorful.
apek ni juga sangat sporting.
*mujur takde jerawat, kalu tak susah nak kene edit. kahkah*



Niagara fall kat genting~
yang ni gambar selepas di edit sebab kabus sangat teruja menghalang kami dari berposing sakan depan camera.





oh! kami sebagai under-18 tidak akan layan indoor. apa kes?
=)



mamat-mamat poyo yang menumpang 2 kaki untuk bergambar.
harharhar.
*diambil ketika tunggu trun nak naik space shot*



you spin my head right round right round, when you go down, when you go down.
~Right Round by Flo Rida



pukul 2.50 am?



cyclone juga sangat cinabeng!
kahkahkah.



...



pakcik ini sungguh hensem dan juga talented.
saye amat menggemari beliau.
=)



tunggu bas untuk balik ke desa terchenta =)



kool~!!
saye meng interpret maksud gaya takleh blah mereka,
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku sangat gayat."
=)



model-model ini cuba menggayakan latest fashion untuk winter, terima kasih.



silhouette~



after masuk snow world, kaki dah takde deria rasa sebab jatuh banyak kali.
malu pun dah takde jugak sebab asyik jatuh depan mamat kacak oh!




model untuk sushi island dan baju winter bersama gaya takleh blah i know.
=)



otw pirate ship.
check check.
sebelum: suara berada di tahap yang mantap.
selepas: suara berada di anak tekak tunggu masa nak terkeluar.



patung vietnam.



TERRfokus kat jari sungguh tensen.



credit to Pak Soh sebab bg idea yang bernas macam beras bernas untuk amik gambar guna cermin atas lift.
=)



candid.
err candid kerrr?
*nada sarcastic =)*



take note ya. even muka tua tapi jangan harap perangai akan ikut tua.
=))



capture the best moment.



oh! adek. jangan sedih. kamu telah terbukti sungguh pendek sekali.
=))



sabrina disebelah kanan lelly~ tetap berbolot seperti dahulu.
kahkahkah.
*no hurt feeling babe*


lastly~


pahang ex-matrixers batch 06/07.
kuliah 3F Sains Fizikal~

lelly, wanie, tretchan.


+++


itu saje.
chow~



p/s: gambar pantun di PD akan diupload bila penyakit kemalasan tahap cipan tidak lagi melanda diri ini. sekian, terima kasih.
=)





Tuesday, July 28, 2009

THEM



++bismillahirrahmanirrahim++

this post is specially dedicated towards my childhood best buddies~
which i would die for you =)



1) Wan Nur Madihah bt Wan Ahmad~ 15th July





kamu sangat best.
kamu sangat otai.
kamu sangat selamba.
kamu sangat memahami.
saye sayam kamu bukan saje sebab kat atas tapi sebab kamu adalah kamu.
okeh?

=D


happy sweet 21st my dear~
May ALLAH SWT bless you through all the way you'd been through
and for the future of course!


nati balik kita jumpa yay!




2) Ammira bt Azmi~ 18th July






myrachan~!!
antara sahabat yang amat sangat dihargai selama 21 tahun ni.

*nod nod*

even aku sangat sangat banyak mempenyekkan hati kamu dan juga diri kamu di dalam gambar di mana jua kamu berada, tapi aku tetap sayam kamu banyak-banyak.

*oh maaf. semua sahabat rapat saye amat saye sayangi banyak-banyak juga but this post is dedicated to them.

dear myra yang amat saye sayangi,
no word cant describe how guilty i am for not wishing you "selamat hari jadi" on your birthday. my bad. im sorry. i wished i could turn back time but i just cant.


so, Selamat hari lahir ke21.
Moga ALLAH SWT merahmati dan memberkati hidup kamu~
Take care and hopefully you'll be getting well soon.
okeh?




A birthday:—
and now a day that rose

With much of hope, with meaning rife—
A thoughtful day from dawn to close:
The middle day of human life.




mintak diri dulu~



p/s: ayat seorang bakal chekgu math adelah terlalu direct seperti di atas. sila maafkan saye sebab saye tak pandai susun ayat yang best =)




Sunday, July 12, 2009

Kursus Asas Fotografi



++bismillahirrahmanirrahim++


alhamdulillah. berjaya juga menghadirkan diri ke kelas fotografi anjuran kaki lensa.
eceh. ayat sangat bergaya. takleh blah betol. ehem.

anyway, kelas sangat best sebab bukan ak sorang je pompuan.
oh men, sumpah sangat cuak ingat nak pergi kelas tu sebab ingatkan aku sorang je gadis ayu yang join.
rupanya, ada lagi 4 orang. okehlah. mereka juga turut ayu.
err. aku lagi ayu okeh.


menurut ucapan Alli Akar Umbi, capture gambar bukan sekadar gaya peace. dah habis bergambar peace, then terus habis.
setiap gambar ada penceritaan dalam gambar.
gambar dalam gambar la maknanya.
sumpah! yang ni aku sangat terasa bahawa beliau tuju khas untuk aku.
walaupun sebenarnya TAK!
tapi betullah, rasa cam takleh bergaya depan camera tanpa gaya peace~

sampai bila ambil gambar peserta kursus asas fotog beramai-ramai je,
first time tau tak aku bergaya depan camera gaya SOPAN.

i repeat, gaya SOPAN.
sumpah sangat kelakar. dah tu, kalau buat gaya peace nanti kena sound lagi.

weh, peace gaya kiut apa?

ehem. lupa lupa. aku merupakan jurucakap keamanan PBB =))



dan juga menurut otai otai kaki lensa, tema untuk capture gambar adalah belasah saje.
sebab kite takkan tahu bahawa setiap benda itu ada value nya yang tersendiri.
so tembak je apa-apa yang buleh ditembakkan.
err. saye nak 'tembak' Chin Peng. =D


selepas itu, sesi praktikal lagi sangat best sebab belajar bukan sekadar teori. kira macam budak baru blaja macam i kan, benda ni sangat penting okeh.
aperture, shutter, ISO dan sewaktu dengannya.
trimas abang mie, sangat best! =D


lagi eh?
okeh. lepas tu, sesi ambil gambar model. memang sungguh terasa sungguh gila. semua macam berebut ambil gambar model tau tak.
model pegang payung, model couple, model rambut afro pegang payung (kehkehkeh),
model kerusi safari dan seterusnya.


menyelip juga sangat COOL. tapi takdelah macam tolak-tolak macam sardin dalam perahu (eh?).
gaya ayu macam saye akan berkata, "tumpang lalu.. saye masuk ye".
eceh. sungguh! yang ini memang tak tipu sama sekali. ehem.


dan juga first time pegang camera dslr canon yang mahal.
siap ada speedlight lagi i tell you.
wahaha. sungguh sangat berbangga untuk diri sendiri. tepuk tepuk.
even bukan camera sendiri, tapi takpelah.
untuk tempoh masa 10 minit tu,
ambik peluang kejap buat macam camera sendiri. kehkeh.

trimas abang nizam aka otai arjuna for the camera.

camera tersebut sungguh berat sampai terketaq tangan bila dah habis pegang =)


last.. ok last.
sumpah sangat kelakar bila orang panggil nama athirah.
kehkeh.
sebab nama athirah sangat ayu. of coz la kan ia sangat sesuai dengan empunya nama..
tapi sungguh.. nama tret lagi GRAND.


memang terasa perbualan tersebut mengenai nama bersama budak deakin takleh blah sungguh.

nama sebenar athirah.
nama nakal tret.
nama baik?

ehem.

lu pikir la sendiri..

kehkehkeh.


gila poyo.
sungguh tak tersangka aku boleh berkata begitu.

cet. sumpah takleh blah. okeh. aku tau aku poyo.
sudah sudah. jangan gelak.
kalau tak, aku pancitkan tayar.



=))





kesayangan baru =)




nama baik saye~ athirah =))



berchenta dalam hujan~
eh. tam spider disini?
ahak!



model puma bersama payung warna-warni =))



gaya retro bersama mamat afro XD



eh. awak baca paper hari apekah?



senyum seindah suria.
okeh.
colgate time~!!



apekah ini?
erm. *skimming n scanning*
owh. kelopak bunga layu yang masih tergantung kat pokok.



bak mencurah air ke daun (?)
still melekat lagi.
maknenye mendengar kata..
emm.. bagus anak mak~




converse stock clearance.
owh.
tergoda =)



lagi.




masa itu emas..
jangan pergi kelas lewat.
jangan terlebih tidur.
=)



colour makes the world beatiful~
quote: dr tretchan



belilah barangan buatan Itali.
tahan karat plastic nye.
ehehe.




dari mata turun ke hati.
whoopps.
sori.
this awek is already taken =)



chow~!!




Friday, July 10, 2009

Kem Bina Negara Asas (BTN)

++bismillahirrahmanirrahim++

ehem.

walaupun cerita dah basi, tapi sungguh terasa sangat best untuk dikorek semula pengalaman yang tidak akan dijumpa lagi pada masa hadapan. =))

ada apa dengan BTN?
sungguh ternyata ia sangat politik. walaupun tak minat politik, tapi sebagai bakal chekgu yang sangat cemerlang markah pasti 110% pada masa hadapan, aku kena mengambil bahagian juga dalam menyibukkan diri dalam isu-isu semasa yang hot dan panas.

abang Yap sangat mantap dalam memberi hujah. tak payah cuba-cuba nak potong jalan, pasti kita yang cuba memotong dalam ruangan double line akan terbabas. dan ini juga pengisian yang pertama kali aku tak tidur. ehem. terima kasih abang yap walaupun kamu sangat patriotik.

lagi?
emm LDK sangat sedap gila bagai nak mati. T___T.
dapat fasilitator yang berpengalaman macam PAK MAN sungguh bernaslah.
tak payah menyanyi dan main game dalam LDK macam group lain bersama fasi-fasi muda.
dengar cakap orang tua sudah. 3 jam sangat tidak mencukupi bagi Pak Man. samalah dengan aku. 3 jam pun boleh rotate tidur 3 pusingan. kalau diberi peluang, mungkin lagi maju pusingan yang boleh rotate. insyaALLAH. siap dapat anugerah istimewa dari Pak Man lagi~ Anugerah Pelajar Terbaik dalam kategori pelajar tak berdisiplin. terima kasih. terima kasih. saya begitu gembira. err. tak sempat nak bagi ucapan penghargaan di atas anugerah yang diberikan.
walau begitu pun, Pak Man sangat berpengalaman. jangan menilai dari segi kulit durian sebab even kulit durian nampak buruk dan tua, tapi isi sangat best dan menyelerakan jiwa. macam Pak Man juga.

soalan kegemaran Pak Man adalah, "eh, ko dah ada pakwe/makwe? bila nak kahwin? kalau tak ada pakwe, mai sini aku tolong carikan."
wahahha. Pak Man sungguh mengerikan. dari cara beliau bercakap, mati-mati aku ingat beliau kahwin dua. tapi rupanya tak. macam tulah, jangan menilai kulit durian dari segi luaran. uhuk.

speaking of the durian, masa LDK bersama Pak Man (lagi..), van yang sentiasa membawa nyawa kami iaitu makanan 6 kali sehari, telah membawa beberapa longgok durian. pada masa mendengar cerita Pak Man, sungguh aku tak dapat nak konsentrasi. ditambah lagi semua group LDK yang berada ditepian aku punya group sudah dismissed awal-awal, lagi bertambah lagi tahap kekurangan konsentrasi yang dapat diberikan kepada Pak Man.
jadi, aku minta diri hendak ke tandas dengan gaya sopan. eceh. tapi, memang sungguh pada ketika itu, nature's calling sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.
tapi dalam perjalanan ke tandas, tiba-tiba aku tergoda dengan bau durian bersama-sama dalam majlis keramaian di mana ramai sungguh orang menyerbu ke arah durian. dan pastinya, aku juga memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini!

okeh. dirumuskan cerita, aku telah melarikan diri dari mendengar Pak Man bercerita dengan aura mengantuk semata-mata kerana mahu menjayakan misi bersama durian. so what? kira okehlah. at least kalau still stay dalam LDK tu, aku tertidur lagi, lagilah takut Pak Man terasa hati. dan bukan salah aku, salah Malaysia lah siapa suruh tanam buah durian kat malaysia.
tak pasal-pasal mudah tergoda dengan nikmat duniawi.

lagi?
mostly semua ceramah yang diadakan, aku akan bermimpi disiang hari juga di malam hari kalau ceramah ada pada waktu malamlah. kecuali bagi slot Abang Yap dengan Along aka Abang Fasal 160/2. along sangat best sebab.. mungkin beliau sangat matang kot. juga kacak sudah pasti. alah. tak mahulah cerita pasal along. sebab beliau sudah bertunang. uhuk.

lagi?
mendayung rakit sangat tak best sebab sangat letih. semua kanak-kanak riang yang mendayung rakit bersaiz overload. gila ah berat beban. diet sikit kawan-kawan! takkan nak tunggu sampai tangan aku tercabut baru nak diet. ceh.
sebab tak tercapai dek akalku dalam mendayung rakit sampai akhir penamat, aku dan rakan-rakan bersepakat untuk mengaku kalah dan merelakan bot ditunda dengan bot penambang. eh. chanteklah sangat. sebab sangat GRAND kalau dapat menjeleskan orang. ihihi.

lagi?
mandi sungai sangat best bagai nak mati. tak macam mandi dalam tandas, air ciput sungguh dan sangat tak selesa. mandi sungai juga sangat best. sungguh! terasa diri macam budak-budak kampung yang sangat terror buat terjunan ala konon ada papan anjal. ehem.

lagi?
suka lagu lari-lari nyanyian Pak Mail. Pak Mail rupanya ada bakat terpendam yang sangat proaktif. paling tak boleh blah adalah trademark Pak Mail yang paling diingati~ Boleh ke? Betul ke? Dum dum. OHH!! lagi best kalau ada minus one nyanyian Pak Mail. sungguh, sangat kelakar.

lagi?
tabik Kaptem juga agak menarik. kesian abang tabik Kaptem. semua orang gelakkan beliau sebab tak boleh sebut tabik Kapten dengan betul sebaliknya menyebut Tabik Kaptem. kesian...

lagi?
isu pasal lutut-melutut pun juga sangat grand. serius beliau yang mempromosikan diri sangat glamour pada masa berkenaan sehingga ke hari ini. tahniah. akhirnya beliau dikenali sehingga seantero maktab. tahniah kepada yang berjaya!



oklah.

itu sahaja sebab dah mengantuk sungguh.

sekian, terima kasih.


chow~!!



p/s: tak ada gambar untuk di share. sebab camera di bawah pemerhatian yang khusus dari pihak pengurusan. ceh!

Wednesday, June 24, 2009

dilema


++bismillahirahmanirahim++

dilema. dilema.

tensen sungguh i tell you.

BTN (1-5 Julai) akan menjadi best kalau aku join bersama
kawan-kawan.
err. tapi memang dah join.


Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat IPGM
(21-25 Julai untuk saringan & bulan ogos untuk kalah mati)
juga akan menjadi sangat best kalau menang saringan dekat Negeri Sembilan dan masuk peringkat kalah mati yang akan diadakan di Sarawak.
err. saya rasa Sarawak sangat menarik.
*abaikan. ini adalah gaya takleh blah sebab bajet akan masuk peringkat kalah mati =D



tapi sesungguhnya, rasa malas nak join pantun sangat mencapai petala kelapan sebab tahun lepas punya pantun sangat jammed!



tapi bak kata Diela, "taknak balas dendam ke before bersara?"



actually, bukan rasa nak bersara terus dari sukan kegemaran tapi sebab malas nak terover sedih lagi macam tahun lepas sebab hampa dengan juri.
ingat nak mintak junior je yang tanding, aku tolong ajar sudah.
err. upah hanya belanja makan waffle Leomag blueberi+choc.
hanya RM3.50 untuk setiap belian.
belian boleh dibuat di Tesco sebab yang dekat sana lagi best.
sungguh. tak tipu.
*tambah merajuk dengan lecturer. terus kata nak berhenti. hoho.
see? aku juga pandai merajuk.




okeh.
let say kalau join pantun,
mana sempat nak putihkan muka sebab kehitaman lantaran penangan BTN?
muka merupakan aset penting dalam berpantun.
sungguh. ini juga tak tipu.
sebab kalau muka hangit buat juri jadi tak lalu saja nak bagi markah tinggi.


takkan la nak menghadap juri dengan muka kilat gila bila sengih nampak gigi saja?
confirm boleh buat iklan ubat gigi sensodyne tak payah masuk pantun susah-susah.


kalau rendam muka dengan clorox bleach juga macam agak menarik.
mesra, cepat dan betul.
mesti muka sempat kembali kepada warna dan bentuk asal before bertanding.
tak payah pakai Garnier Light macam fasha sandha.
pakai clorox mesti lagi cool dari fasha.
err. asal sebut minah poyo ni plak? ish. abaikan. abaikan.



itu sajalah.
harap maklum.




mintak diri dulu~!!
*eceh. gaya perempuan melayu yang baik, sopan dan sopan dan ayu.


=))




p/s: siapa-siapa pelajar IPGM Kampus Penang berminat nak mencuba bakat dalam pantun,
sila offerkan diri.

sungguh. tak tipu.
even macam tak rasa berbakat sangat tapi nak try something new juga, takdehal dude.
mai je ramai-ramai.
aku janji aku takkan gelakkan korang bila berpantun.
takpun, kita sama-sama gelakkan diri masing-masing bila berpantun.


yang penting?
Sarawak.
elaun dah masuk tau masa tu.

=D