++bismillahirrahmanirrahim++
ehem.
walaupun cerita dah basi, tapi sungguh terasa sangat best untuk dikorek semula pengalaman yang tidak akan dijumpa lagi pada masa hadapan. =))
ada apa dengan BTN?
sungguh ternyata ia sangat politik. walaupun tak minat politik, tapi sebagai bakal chekgu yang sangat cemerlang markah pasti 110% pada masa hadapan, aku kena mengambil bahagian juga dalam menyibukkan diri dalam isu-isu semasa yang hot dan panas.
abang Yap sangat mantap dalam memberi hujah. tak payah cuba-cuba nak potong jalan, pasti kita yang cuba memotong dalam ruangan double line akan terbabas. dan ini juga pengisian yang pertama kali aku tak tidur. ehem. terima kasih abang yap walaupun kamu sangat patriotik.
lagi?
emm LDK sangat sedap gila bagai nak mati. T___T.
dapat fasilitator yang berpengalaman macam PAK MAN sungguh bernaslah.
tak payah menyanyi dan main game dalam LDK macam group lain bersama fasi-fasi muda.
dengar cakap orang tua sudah. 3 jam sangat tidak mencukupi bagi Pak Man. samalah dengan aku. 3 jam pun boleh rotate tidur 3 pusingan. kalau diberi peluang, mungkin lagi maju pusingan yang boleh rotate. insyaALLAH. siap dapat anugerah istimewa dari Pak Man lagi~ Anugerah Pelajar Terbaik dalam kategori pelajar tak berdisiplin. terima kasih. terima kasih. saya begitu gembira. err. tak sempat nak bagi ucapan penghargaan di atas anugerah yang diberikan.
walau begitu pun, Pak Man sangat berpengalaman. jangan menilai dari segi kulit durian sebab even kulit durian nampak buruk dan tua, tapi isi sangat best dan menyelerakan jiwa. macam Pak Man juga.
soalan kegemaran Pak Man adalah, "eh, ko dah ada pakwe/makwe? bila nak kahwin? kalau tak ada pakwe, mai sini aku tolong carikan."
wahahha. Pak Man sungguh mengerikan. dari cara beliau bercakap, mati-mati aku ingat beliau kahwin dua. tapi rupanya tak. macam tulah, jangan menilai kulit durian dari segi luaran. uhuk.
speaking of the durian, masa LDK bersama Pak Man (lagi..), van yang sentiasa membawa nyawa kami iaitu makanan 6 kali sehari, telah membawa beberapa longgok durian. pada masa mendengar cerita Pak Man, sungguh aku tak dapat nak konsentrasi. ditambah lagi semua group LDK yang berada ditepian aku punya group sudah dismissed awal-awal, lagi bertambah lagi tahap kekurangan konsentrasi yang dapat diberikan kepada Pak Man.
jadi, aku minta diri hendak ke tandas dengan gaya sopan. eceh. tapi, memang sungguh pada ketika itu, nature's calling sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.
tapi dalam perjalanan ke tandas, tiba-tiba aku tergoda dengan bau durian bersama-sama dalam majlis keramaian di mana ramai sungguh orang menyerbu ke arah durian. dan pastinya, aku juga memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini!
okeh. dirumuskan cerita, aku telah melarikan diri dari mendengar Pak Man bercerita dengan aura mengantuk semata-mata kerana mahu menjayakan misi bersama durian. so what? kira okehlah. at least kalau still stay dalam LDK tu, aku tertidur lagi, lagilah takut Pak Man terasa hati. dan bukan salah aku, salah Malaysia lah siapa suruh tanam buah durian kat malaysia.
tak pasal-pasal mudah tergoda dengan nikmat duniawi.
lagi?
mostly semua ceramah yang diadakan, aku akan bermimpi disiang hari juga di malam hari kalau ceramah ada pada waktu malamlah. kecuali bagi slot Abang Yap dengan Along aka Abang Fasal 160/2. along sangat best sebab.. mungkin beliau sangat matang kot. juga kacak sudah pasti. alah. tak mahulah cerita pasal along. sebab beliau sudah bertunang. uhuk.
lagi?
mendayung rakit sangat tak best sebab sangat letih. semua kanak-kanak riang yang mendayung rakit bersaiz overload. gila ah berat beban. diet sikit kawan-kawan! takkan nak tunggu sampai tangan aku tercabut baru nak diet. ceh.
sebab tak tercapai dek akalku dalam mendayung rakit sampai akhir penamat, aku dan rakan-rakan bersepakat untuk mengaku kalah dan merelakan bot ditunda dengan bot penambang. eh. chanteklah sangat. sebab sangat GRAND kalau dapat menjeleskan orang. ihihi.
lagi?
mandi sungai sangat best bagai nak mati. tak macam mandi dalam tandas, air ciput sungguh dan sangat tak selesa. mandi sungai juga sangat best. sungguh! terasa diri macam budak-budak kampung yang sangat terror buat terjunan ala konon ada papan anjal. ehem.
lagi?
suka lagu lari-lari nyanyian Pak Mail. Pak Mail rupanya ada bakat terpendam yang sangat proaktif. paling tak boleh blah adalah trademark Pak Mail yang paling diingati~ Boleh ke? Betul ke? Dum dum. OHH!! lagi best kalau ada minus one nyanyian Pak Mail. sungguh, sangat kelakar.
lagi?
tabik Kaptem juga agak menarik. kesian abang tabik Kaptem. semua orang gelakkan beliau sebab tak boleh sebut tabik Kapten dengan betul sebaliknya menyebut Tabik Kaptem. kesian...
lagi?
isu pasal lutut-melutut pun juga sangat grand. serius beliau yang mempromosikan diri sangat glamour pada masa berkenaan sehingga ke hari ini. tahniah. akhirnya beliau dikenali sehingga seantero maktab. tahniah kepada yang berjaya!
oklah.
itu sahaja sebab dah mengantuk sungguh.
sekian, terima kasih.
chow~!!
p/s: tak ada gambar untuk di share. sebab camera di bawah pemerhatian yang khusus dari pihak pengurusan. ceh!
Friday, July 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




10 footnotes:
adakah ini prudok BTN??
oh..
tidak2..
hahaha
weh.
hang jangan.
at least aku mentuliskan nama aku jugak untuk program lanjutan BTN.
kehkeh.
tulis terpakse la nie..
sgt x ske btn~
haha..
salam.. nie abg mie yg bg training hari ni.. nice picture and blog...
berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersenang2 dahulu, jemur kain di ampaian..
hah?
pencari sejati:
eh taklah.
abang yap yg suruh.
ehem.
aku mmg dsukai ramai kerana aku bercakap banyak.
XD
hanisah-chan:
ahaha.
tau tak mengapa.
politiknya sangat dasat beserta kena tidur dalam khemah.
keke.
tapi makan banyak taw.
=D
abang mie:
huhu.
thanx abg mie for the help.
lain kali kalau ada masa, blaja lagi okeh.
thnx a bunch~!!
=))
anak pakman:
weh, hang ni memanglah anak uncle man.
bm tak penah-penah nak pandai.
idiom versi malay pon tak jugak nak hafal?
keke.
aritu terer sangat bm.
opps sori.
terkutuk sedaya upaya pulak.
XD
tret...
mintak izin...
aku nk link post mg nih kt blog aku;D
mnde2 pon, aku dahulukan ucpn terima kasih. heh
(tktik nk suruh org bg permisi)
weh sya..
takde hal la.
aku suke je.
promote byk2 okeh.
=D
Post a Comment