CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 18, 2009

Kanak-kanak Ribena yang manis.


++bismillahirrahmanirrahim++


Peraturan: Jika anda di tag, adalah sunat muakad untuk anda menulis 25 perkara yang masih anda ingat semasa anda zaman kecik2 >.< . Di penghujungnya, sila lah memilih 5 orang untuk anda menetag. Serta jangan lupa untuk menetag orang yang telah menetag anda. Jika saya menetag anda, ini adalah kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan kenangan anda semasa zaman comel2. Terima kasih (bahasa jiwa bangsa).



owkeh. berjuta terima kasih diucapkan kepada Datin Seri Zatie the SSSSSengal girl macam siput sedut bawah tempurung sebab rajin menTAG orang.

terasa malas nak buat tapi sebab aku dan yang berhormat mahu date esok hari ditambah pula tetiba beliau akan jadi drebar esok hari, fine then.

mula-mula diingatkan bahwa ini adalah zaman kanak-kanak.
tiada kaitan dengan zaman dewasa.
the past is the past!

;))


+++


1. umur 5 tahun, aku masuk Tadika Diana. gila ah ayu pakai skirt paras lutut masa tu. *Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambaMu ini :))* bukan nak sangat pakai skirt, tapi sebab tadika tu belakang rumah je. kalau kentut pun, aku berani kerat jari konpem still dengar even tak kuat slow pun jadi ah. tapi disebabkan aku tetap berperangai macam jantan selepas bertadika di sana, mak aku menyesal hantar aku sebaliknya menghantar adik-adik aku seterusnya bertadika di Tadika Abim di mana tadika tersebut mengwajibkan bertudung dan berbaju kurung. pendek kata, kalau hantar sana, pasti kesopanan dan kesusilaan setiap insan terdidik dengan jayanya.



tapi tak penah la plak main benda alah ni pakai skirt. gila terselak karang. aku stil pompuan sopan owkeh!


2. then masa 6 tahun pula, aku dipaksa tumpang belajar kat sekolah bapakku. dikalangan orang tua-tua berumur 7 tahun, aku sorang je muda belia 6 tahun. eceh. sekarang juga muda. eh tak, awet muda =). dan ada sorang mamat bangang di mana beliau telah menunjukkan sesuatu $#@%^^^&$ di mata aku yang suci. seyesly, memang sangat bangang takleh blah macam siput sedut. ceh. aku sumpah kau jadi tenuk! mujur aku mengalami terencat memory. kalau aku ingatlah siapa mamat tu, sumpah aku buat iklan kat TV supaya jangan kahwin dengan mamat retarded tu!



mati kau.sumpah jadi tenuk!



3. masa zaman muda juga, sangat menggemari Cikgu Aziah bini Cikgu Rozman yang garang macam harimau bintang. Cikgu Aziah sangat baik, lawa, elegan manakala Cikgu Rozman pula sangat hensem. padanlah tu kan. betapa Cikgu Aziah sangat mensayangi Athirah yang pada ketika itu bajet kiut tapi sumpah tak kiut, beliau telah menamakan anak beliau yang sulung Athirah juga. Athirah Senior dan Athirah Junior. yay! rasa macam nak buat breakdance tapi masa tu, mana pandai buat. weh, tarian Mak Yong pun aku tak lepas, apa kes. err. takde kaitan? owkeh. abaikan.



proud? yeah. i am!



4. masa darjah 1, ada seorang budak lelaki suka cari gaduh dengan aku. heran juga. kenapa aku je kena dicari gaduh. padahal nak tarik perhatian aku ah tu. sori owkeh. aku tak layan mamat retarded macam kau la. suatu hari yang nyaman, mamat retarded dah tak kacau aku sebab kantoi buang air besar dalam kelas. gila ah busuk. lepas tu, terus malu nak kacau aku. malu ah tu takut aku gelakkan beliau. hehe. hilang macho ah beb. budak retarded BAJET samseng gila terkantoi buang air dalam seluar. kah kah kah.



budak. jom join gelakkan beliau. kah kah kah.



5. dulu aku tak suka pakai kasut dalam kelas. tetiba masa matematik, Cikgu Rozman panggil nama aku sebab nak bagi buku latihan. lepas aku terkantoi pergi depan meja guru tak pakai kasut, terus beliau mengarah aku memakai kasut dihadapan penonton sekalian. ceh. sungguh terrible. saya malu!



dulu kasut aku putih je.
kalau pakai kasut ini, pasti kena tindakan kad merah buang padang!



6. aku pandai operasi bahagi hanya pada umur 10 tahun. kah kah kah. sangat kurang bijak matematik(math lagi?) bukan? aku tahu. takyah kutuk lebih-lebih. hati jantung i kecik taw. T___T. kalau dulu dah dibolehkan kanak-kanak ribena jawab UPSR guna kalkulator, pasti dapat A matematik. eh. aku memang A math =D. setelah dipush oleh Chekgu Hasanah yang garang macam harimau.



owh. tensen!



7. ada kawan nama syahirah. cara dia lipat tudung sangat BULAT macam bola. then, Ed panggil la beliau dengan nama manja BULAT. sumpah sangat comel beliau pada masa tu. lepas tu, Ed dah tak panggil tetiba aku pula rajin-rajin menyambung warisan memanggil beliau dengan nama BULAT. sampai sekarang! haha. nama BULAT nice what? unique owkeh :)). dan bulat seorang kawan yang bagus.




eh? takpe. takpe. aku pun tak paham tulisan merah ni.


8. first time jumpa Fantaghiro secara live adalah masa darjah 5. terasa nak pengsan kekaguman bila tengok smoothnya kulit Fantaghiro tersebut. dan rambutnya sangat ugly but adorable comelnya macam stail rambut abu bakar elah. punyalah aku excited pergi kelas sebelah panggil kawan-kawan, "eh kawan-kawan, ada Fantaghiro dalam kelas aku!" masa tu, sumpah sangat kiut Fantaghiro tersebut. tapi tengok-tengok akhirnya, aku mengalami kekeliruan identiti bila tersalah mentafsir jantina Fantaghiro. rupa-rupanya Fantaghiro tersebut adalah versi lelaki. ceh. sangat malu! sorok muka bawah kain pun still rasa malu gila. ehehe. sekarang anda boleh melayari blog Fantaghiro yang dewasa secara live! tekan SINI.



rambut version abu bakar elah pun glamer juga dulu-dulu?
gila ah glamer pakcik abu ni!


9. kawan dengan indian girl. first time tahu. Hamshawagini a/p Chandran. sangat best even agak gedik. auwww~!! first time pergi rumah Hamsha, aku nampak ada patung gajah. terus pening. terus tak mahu pergi lagi untuk second time =).




=))


10. gaduh dengan Ustazah fardhu ain. ceh. durhaka betul terasa diri ini. entah sebab apa, dah tak ingat. lepas tu, mogok dengan ayah tak mahu datang kelas fardhi ain tapi kena marah! :P. then, tetiba macam magic pula boleh bestfriend dengan ustazah berkenaan. ha-ha. beliau sangat best seyes tak tipu. tulisan jawi lawa! akhir sekali masa tamat belajar fardhu ain, beliau ada bagi buku dan dalamnya ada nasihat, "jangan cepat marah," or something like that la. =D. ha-ha. beliau dan husband beliau sangat sedondon. sama cantik sama handsome! eh. tetiba pula. abaikan.


blogger-emoticon.blogspot.com


11. darjah 5 juga aku kenal Myra-chan. hari pertama beliau datang ke sekolah, beliau telah bookmarked aku sebab perangai aku sangat unique. kata beliau lah. sebab..? =))




unique? i knew it!


12. terbabit dalam pembikinan dunia percintaan kelas titanic i tell you. aku? eh. bukan. aku ahli tukang kalut membuat surat jiwang saja. Hero dengan heroinnya sangat maju kalah orang sebaya pada ketika itu. masa potong kek seyes sangat kelakar. kah kah kah.*gelak ini dituju khas kepada heroinnya =)



whooppss! heroin. heroin. ingat lagi tak? keke.


13. tapi, malangnya surat berkenaan tertangkap kering dengan arwah Cikgu Haniza. angkara kanak-kanak ribena yang dengkikan geng Gangster sekolah. kah kah kah. anyway, al-Fatihah untuk arwah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman T___T.


blogger-emoticon.blogspot.com


14. aku penolong Ketua Pengawas! sangat kelakar bukan? kah kah kah. kesian. Chekgu-chekgu Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud mahu merosakkan pretasi keterampilan sekolah tersebut :))



rules? :((


15. terer main bola baling sampai terpilih join kem sukan. uhuhuk. aiseh. cuci mata lagi XD. sekarang? seyes. tangan bangku! tengok sekarang. lengan saiz XXXL!




saiz tangan idaman. T___T


16. geng Gangster takleh blah yang sangat best bagai nak mati tapi mati bila sampai ajal je owkeh: Ed, Zatie, Myra, Hamsha, Intan. saya? err. taklah. saya amat baik, sopan dan ayu!


blogger-emoticon.blogspot.com



+++


dah ah. sangat malas ah datin. lain kali saya topup owkeh.
tapi konpem saya takkan topup dah.
hihi.

actually, zaman kanak-kanak adalah zaman terBAIK pernah aku lalui.
sebab ada kawan-kawan yang sengal macam siput sedut sarawak.
kalah Anita Sarawak!

sebab kami dah buat pertaruhan, siapa kahwin awal. beliau menang.
yang kalah tak dibenarkan buat tarian ala-ala frust menonggeng sebaliknya mesti menyediakan hadiah yang Grand lagi Besar gedabak!

oh tidak! konpem aku menang!

kah kah kah.




kanak-kanak retarded yang sengal.


siapa yang kena TAG ya?

okeh! siapa-siapa yang rasa tiada modal untuk berblogging, sila ambil saja.
ini juga percuma tanpa bayaran.

=)




itu sahaja?



harap maklum.




chow~!!




12 footnotes:

The Exquisite Instigator said...

hehe. ley jd modal nie. thanx~

athirah mohamed~ said...

ha-ha.

no sweat!

=D

DatinSeri ♥ said...

HAHAHA. gangster nak mampos. pakai seluar trek dalam kain ape kes? HAHAHA. btw, kes 'tolak anak kesayangan cikgu dalam kolam' macam mane?

athirah mohamed~ said...

weh weh.

benda tu SUNGGUH memalukan ah.
sebab tu dop letak weh.

kyaa~!!

berani memalukan aku zatie!

XD

anak pak man said...

tolak anak cikgu msok kolam?! nak dengar!! haha
tret-chan seorang penolong ketua pengawas?? patotla berdisiplin lagi berketerampilan.. (kembang ah tue~)
haha, btoi gak, "bagi siapa2 yang xdak modal blogging"..
i like~
dah agak dah xabeh 25, psai taw dah tret camana.. pemalas~ hahaha
joking yeah~

nur hasniza aka niza f&amp;n said...

tret...
Cikgu haniza meninggal sakit pe??
Xtau pun...
Innalilah...
Al~ fatehah...

hanisah said...

hahaahhaha...
dh alm0st lpe kjadian2 itu smua..
dlu pn nisah pkai gak suar trek lam kain..hahaaha..
ustazah fardu ain? huhuhu..
nisah klas fardu ain x sme ngan k0rg..
terisolated..nisah klas lg 1..
uhuk2...

MIZZIDIEY said...

ceh! kenape cerita sye mcm byk je dlm memory kamu2??? hahaha. time tu otak ak blurr suci murni lg. so ape2 yg terjadi tu tidak terpikir dgn sepenuh akal. aku hanya kanak2 yg mencari keriangan sewaktu di sekolah. wakakakakaka. LOL.

athirah mohamed~ said...

anak pakman:

ha-ha.
aku memang sgt baik dulu.
sebab anak ckgu tu gedik sangat, aku tolak je jatuh kolam.

=D

*jangan percaya sangat. aku sangat baik owkeh XD.

yay!
anak pakman did know me se well.
aku malas!
beto betol betol.

=D


haniza:

sakit kanser something.
sori tak ingat.
tula tak ramai taw.

insyaALLAH semoga arwah dalam golongan orang2 yang soleh.

=)

athirah mohamed~ said...

nisahchan:

aah.
ore pun lupa gak sebab lama gila tinggal sekolah rendah.
ho-ho.

takdelah gaduh sangat ngan ustazah cuma ore je cam nakal2 byk sket.
biasalah.
ho-ho.

kelas 1 lg pun ustazah best gak ngaja kan.
owkeh la tu cuma pisah ah sket kan kan.

kesian nisah.

=D


edchan:

hehe.
mestilah banyak weh sebab kita kan GANGSTER sekolah!
sebab tu ramai gile orang jeles ngan kite.
keke.

anyway, saya cuma bergurau saje.
saya sayam awak lebih even saya kutuk awak berton-ton.

=D

Syahirdarksyde said...

fantaghiro rambut pjg sgt hot

athirah mohamed~ said...

ha-ha.

of cos.

tapi aku tak sesuai nak puji beliau HOT tapi kena puji putera kacak idaman dunia~ Romualdo.

oh my gosh!
kamu sangat hot.